Masjid pertama di Jerman Timur
Pusat aktiviti sosial bagi umat Islam tetap dibuka walaupun ada bantahan
BERLIN: Masjid pertama di kawasan bekas komunis di Jerman Timur dibuka semalam selepas bertahun-tahun ditentang segelintir penduduk dan kumpulan berhaluan kanan, Parti Demokratik Nasional (NDP).
Masjid Khadija yang mampu menampung 250 jemaah itu dibina di atas tapak kilang jeruk di pinggir Berlin, Pankow-Heinersdorf.
Serangan terhadap tapak pembinaan dan tunjuk perasaan penduduk dari NPD sebelum ini tidak menghalang masjid itu daripada terus dibina.
Ahli politik setempat menghadiri upacara pembukaan masjid itu petang semalam dan polis bersedia mengawal penunjuk perasaan walaupun NPD sudah menggesa supaya protes dibatalkan.
Tentangan terhadap masjid itu mencerminkan kesukaran masyarakat Jerman untuk menerima masuk 3.2 juta umat Islam di negara itu ke dalam masyarakat mereka terutama di kawasan bekas komunis di Jerman Timur.
Penyokong masjid itu berkata, masjid berkenaan akan mengukuhkan hubungan di kalangan mereka.
“Masjid ini akan menjadi pusat aktiviti sosial, bukan sekadar untuk solat, ia akan memainkan peranan untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat dan mempromosikan dialog antara ahli politik dengan kumpulan keagamaan,” kata jurucakap masjid, Ijaz Ahmad.
Kumpulan penduduk, IPAHB, yang menentang pembinaan masjid itu jelas berfikiran sempit dan serong apabila memberi alasan usaha itu bersifat perkauman dan diskriminasi.
“Kami menghadapi masalah besar dengan kumpulan yang meletakkan agama melebihi segala-galanya, membenarkan wanita dipukul dan menafikan hak kesamarataan. Tentangan kami menjurus kepada idea kumpulan ini terutama mengenai wanita,” kata IPAHB dalam laman webnya.
Canselor Jerman yang juga Ketua Demokrat Katolik Kristian (CDU), Angela Merkel, berkata menara masjid tidak boleh dibina melebihi ketinggian menara gereja. - Reuters
(Sumber: Berita Harian online)
Friday, October 17, 2008
Tuesday, August 26, 2008
SELAMAT BERCUTI....
He is going on Leave - for 1 Month
Pesan nya:
"Selamat tinggal kengkawan...jangan sedih..
aku cuti sebulan jer..."
TAPI Ingat KENGKAWAN semua!!!
pandai-pandai bawak diri yang selama ini dalam godaan nya!!!
..............................
Maaf Zahir Batin.............
Selamat menyambut Ramadhan...
Berwaspada kerana akan berjumpa dia lagi di bulan Syawal....
.........................
Ambil kesempatan ini untuk:
Selamat Beramal!!!
Jangan lupa !!!
Solat Tarawikh
Bertadarus
dan
Mengeluarkan
Zakat
Semoga hidup kita diberkati ALLAH sehingga bertemu RAMADHAN yang MENDATANG!!!
Thursday, August 14, 2008
ISU PINDAH KUBUR
KUCHING: Satu dialog dengan waris yang mempunyai saudara atau anggota keluarga yang dikebumikan di tanah perkuburan Islam berusia 100 tahun di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce perlu diadakan bagi mencari jalan penyelesaian, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Sehubungan itu, beliau mengarahkan Jabatan Tanah dan Ukur, sebagai badan berkecuali, mengadakan perjumpaan dan memberi penjelasan kepada waris berhubung tindakan pemindahan kubur itu ke tempat lain.
“Saya tidak tahu akan ada pembangunan di situ (tapak kubur), yang saya tahu di sebelahnya memang ada,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kejadian kira-kira 100 pewaris menghalang kerja-kerja pemindahan kubur itu pada pagi Isnin lalu.
Dalam kejadian itu, dua orang cedera termasuk seorang kontraktor yang sedang melakukan kerja mengali kira-kira 40 kubur lama di tanah perkuburan terbabit.
Sebuah jengkaut yang digunakan kontraktor terbabit turut dibakar oleh pewaris dalam kejadian tersebut.
Keadaan itu memaksa Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman turun padang untuk menenangkan pewaris dan memastikan semua kubur yang digali, dikebumikan semula dengan cara yang betul mengikut Islam.
Seorang pewaris, Moshidi Sabang, 60, dari Bandar Baru Semariang, satu dialog dengan Majlis Agama Islam Sarawak (Mais) dan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) diadakan pada Jumaat lalu berhubung cadangan memindahkan tanah perkuburan terbabit ke Tanah Perkuburan Islam di Jalan Sultan Tengah Semariang.
Bagaimanapun, katanya dalam dialog itu mereka dimaklumkan ia akan dilakukan selepas Hari Raya Puasa akan datang.
Taib sebelum itu menyaksikan pertandingan akhir Bahas Piala Ketua Menteri 2008 di Auditorium RTM di sini antara Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi dan SMK Matang Jaya. - Bernama
(dipetik dari berita harian online)
Sehubungan itu, beliau mengarahkan Jabatan Tanah dan Ukur, sebagai badan berkecuali, mengadakan perjumpaan dan memberi penjelasan kepada waris berhubung tindakan pemindahan kubur itu ke tempat lain.
“Saya tidak tahu akan ada pembangunan di situ (tapak kubur), yang saya tahu di sebelahnya memang ada,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kejadian kira-kira 100 pewaris menghalang kerja-kerja pemindahan kubur itu pada pagi Isnin lalu.
Dalam kejadian itu, dua orang cedera termasuk seorang kontraktor yang sedang melakukan kerja mengali kira-kira 40 kubur lama di tanah perkuburan terbabit.
Sebuah jengkaut yang digunakan kontraktor terbabit turut dibakar oleh pewaris dalam kejadian tersebut.
Keadaan itu memaksa Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman turun padang untuk menenangkan pewaris dan memastikan semua kubur yang digali, dikebumikan semula dengan cara yang betul mengikut Islam.
Seorang pewaris, Moshidi Sabang, 60, dari Bandar Baru Semariang, satu dialog dengan Majlis Agama Islam Sarawak (Mais) dan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) diadakan pada Jumaat lalu berhubung cadangan memindahkan tanah perkuburan terbabit ke Tanah Perkuburan Islam di Jalan Sultan Tengah Semariang.
Bagaimanapun, katanya dalam dialog itu mereka dimaklumkan ia akan dilakukan selepas Hari Raya Puasa akan datang.
Taib sebelum itu menyaksikan pertandingan akhir Bahas Piala Ketua Menteri 2008 di Auditorium RTM di sini antara Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi dan SMK Matang Jaya. - Bernama
(dipetik dari berita harian online)
BUKU TERKINI DIHARAMKAN KDN
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dua buah buku, termasuk karya seorang ahli akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diterbitkan oleh Sisters-in-Islam (SIS).
Buku-buku itu dilarang kerana "mengandungi fakta yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenarnya", lapor Bernama hari ini.
Buku terbitan SIS berjudul Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism suntingan Norani Othman, seorang profesor sosiologi di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Bangi.
Buku setebal 215 halaman itu memuatkan 10 bab hasil karangan beberapa pemikir Asia Tenggara dan Timur Tengah.
Norani, bertindak sebagai penyunting karya tersebut, mengarang makalah pertama yang dijadikan judul buku berkenaan.
Beliau bersama bekas pemimpin utama SIS Zainah Anwar menghasilkan bab terakhir 'Muslim women, the challenge of Islamic extremism and the way forward to building bridges between Southeast Asia dan the Middle East.'
Makalah-makalah ini hasil perbincangan penyumbang- penyumbangnya di Bellagio, Itali pada 2003 dengan biaya Yayasan Rockefeller.
Pertemuan pertama bermula di Kuala Lumpur pada Januari tahun itu.
Selain dua penulis ini dan Toni Kasim dari Malaysia, penyumbang lain termasuklah Fatma Khafagy (Mesir), Kamala Chandrakirana (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Iran), Amina Lemrini El Ouahabi (Maghribi), Hoda Rouhana (Palestin), Norma A Maruhom (Filipina) dan Suzaina Kadir (Singapura).
Ketua penolong setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Abdul Razak Abdul Latif berkata, sebuah lagi buku yang diharamkan bertajuk Pelik Tapi Benar Dalam Solat karya Abdul Rahman Mohamed.
"Kedua-dua buku ini dikenakan perintah larangan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan mana-mana individu yang didapati menghasilkan semula, mencetak, mengeluar atau memiliki bahan larangan tersebut boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM 20,000 atau kedua-duanya," kata KDN dalam kenyataannya hari ini.
Menurut agensi berita itu lagi, beliau berkata sekiranya penerbitan berkenaan dibiarkan, ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam serta dikhuatiri memudaratkan masyarakat.
Friday, July 11, 2008
SARAWAK.....BUMI DAKWAH..TANGGUNGJAWAB UMMAH
Beberapa masa yang lepas, saya berkesempatan menemani Ketua Unit Masjid, untuk menjenguk satu kawasan pedalaman yang cukup popular kepada para pelancong asing. Tidak begitu dikenali dan diambil perhatian oleh kita sebagai orang Islam. Namun penemuan saya di sana memperlihatkan bahawa dicelah-celah tanah tinggi banjaran Penambo, terdampar sebentang lembah yang dinamakan sebagai Bario. Dan di dalam majoriti masyarakat kelabit di Bario tempat asal kelahiran Dato Seri Idris Jala(CEO MAS) ini, kedapatan minoriti kelompok muslim yang hidup bersama-sama dengan mereka.
Secara ringkasnya, penduduk Bario berjumlah lebih kurang 2000 orang dan di kalangan mereka hanya sejumlah 30 orang sahaja yang menganut Islam. Jalan perhubungan yang utama ialah jalan udara dengan menggunakan pesawat twin otter(45 minit dari Miri) dan jalan darat (14 jam perjalanan melalui jalan balak). Apa yang membanggakan saya, sinar dan syiar Islam tetap sampai di kawasan pedalaman yang amat sukar untuk didatangi oleh para pendakwah Islam ini.
Sepanjang di sana tidak kelihatan bekas-bekas jejak dakwah agensi kerajaan mahupun NGO Islam...hemm...satu masalah besar bagi kita semua. Mungkin nilai iman 30 orang muslim itu tidak bernilai jika hendak dibandingkan dengan majoriti umat Islam yang lain di Sarawak...atau mungkin juga lantaran bajet yang tidak kesampaian ....atau mungkin juga pendakwah-pendakwah kita (kita semualah tuu) tidak terfikir untuk meneroka bumi Sarawak yang amat luas ini. Semua kemungkinan-kemungkinan ini akhirnya membawa kepada PENGABAIAN YANG AMAT BESAR!!!
Sejarah pengIslaman bangsa Kelabit di Bario bermula lebih kurang 28 tahun yang lalu dan dikhabarkan sejak dari itu, amat kurang program-program dakwah diadakan di sana. Oleh yang demikian, jangan hairan jika sebahagian besar penganut Islam di sana hanya tinggal nama semata-mata, tetapi cara hidup mereka tidak menggambarkan nilai hidup dan pengamalan sebagai seorang muslim yang sepatutnya.
Lantaran itu, moga-moga penulisan ini sekurang-kurangnya dapat membuka ruang untuk kita memikirkan sesuatu untuk mereka...paling kurangpun doa. Apa yang membimbangkan, kesan daripada usaha dakwah yang tidak sempurna, majoriti mereka ini mempunyai pemahaman Islam yang amat salah dan terpesong...dalam hampir semua urusan keagamaan...munakahat, ibadat.......Lantas..keperluan utama masyarakat Islam di Bario ialah perlunya pembimbing/daei sebagai penyuluh dan petunjuk buat mereka.
Kesimpulannya, perlu ada USAHA untuk memperkasakan dasar iman mereka...dan semestinya yang bertanggungjawab ialah semua orang Islam sama ada dalam JAIS, JAKIM, Baitulmal, NGO Islam seperti HIKMAH, ABIM, Yayasan Amal....semua kita perlu ada USAHA untuk membantu saudara-saudara kita di sana...KERANA Allah tidak akan bertanya sama ada usaha kita BERJAYA atau TIDAK tetapi yang akan ditanya ialah sudah ada USAHA YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH dilaksanakan ATAU TIDAK? Tepuk dada tanyalah iman dan diri kita sendiri...........
(Diatas: Bingkisan foto pemandangan dan salah sebuah keluarga muslim di Bario.
Nota: Tulisan ini hanyalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili kenyataan rasmi daripada pihak berwajib)
Thursday, June 26, 2008
ANTARA HIKMAH SOLAT...TERBUKTI SECARA KLINIKAL
Solat mampu atasi masalah mati pucuk, sakit pinggang
KUALA LUMPUR: Kajian tiga pensyarah Universiti Malaya mengenai solat, menemui rahsia penawar dan mampu merawat masalah mati pucuk di kalangan lelaki dan sakit pinggang.
Kejayaan itu didedahkan dalam Seminar Kejuruteraan Bio Perubatan (BIOMED) 2008 anjuran universiti itu yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Hotel Nikko, di sini, pagi ini.
(Dipetik dari Berita Harian on-line)
KUALA LUMPUR: Kajian tiga pensyarah Universiti Malaya mengenai solat, menemui rahsia penawar dan mampu merawat masalah mati pucuk di kalangan lelaki dan sakit pinggang.
Kejayaan itu didedahkan dalam Seminar Kejuruteraan Bio Perubatan (BIOMED) 2008 anjuran universiti itu yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Hotel Nikko, di sini, pagi ini.
(Dipetik dari Berita Harian on-line)
Monday, June 23, 2008
NASIHAT HARI INI
HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG ========================================================
Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir
waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya).
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan
tersebut.
Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang
melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan waktu
sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain.
Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka
mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas
"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai
kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka t ida k
bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya"..
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda "Sesiapa yang mengumpulkan dua
sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki
pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)
(Disunting dari keratan email Ustaz Awg Salmi)
Friday, June 6, 2008
BODEK DALAM ISLAM
Sebagai asasnya, mari kita lihat beberapa nas hadis dalam isu berkaitan. Diriwayatkan dalam sebuah hadis :-
عَنْ أبي مُوسَى قال سَمِعَ النبيُّ رَجُلاً يُثْني عَلَى رَجُلٍ ويُطْرِيه في المِدْحَةِ فقال أهْلَكْتُمْ أوْ قَطَعْتُمْ ظَهْرَ الرَّجُلِ
Ertinya : Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki memuji lelaki lain dan berlebih-lebih dalam pujiannya maka Rasulullah s.a.w : Kamu telah merosakkannya dan telah memotong belakangnya (seolah-olah) " ( Riwayat Al-Bukhari, no 2663 )
PUJIAN ATAU ‘MEMBODEK'
Sekali baca kelihatan kita ditegah sama sekali untuk memuji sesorang di hadapannya. Namun Imam Badr Al-Aini ketika menghuraikan hadis ini menyebut pujian yang "memotong belakang" itu adalah dalam konteks seseorang terlalu berlebihan dalam pujiannya sehingga memuji sesuatu yang tidak dimiliki oleh orang yang dipuji sehingga menyebabkan datangnya sifat ‘ujub dalam diri, merosakkan hati, menghancur keikhlasan dan merasa diri benar lagi hebat sentiasa. Padahal realitinya tidak sedemikian
Perkara ini dalam kata lainnya adalah 'membodek'. Ia kerap berlaku kepada orang berjawatan atau mereka yang mempunyai sesuatu pengaruh atas sesuatu keputusan keduniaan. Justeru jika anda memegang jawatan penting, pemutus keputusan di syarikat atau organisasi, anda perlu berhati-hati kerana akan muncul ramai pemuji dan pemuja yang boleh bertujuan 'bodek'. Kali ini sangka buruk dalam hal ini perlu atas nama berhati-hati dan beringat. Namun bukan semua akan demikian, mungkin segelintirnya akan memuji dengan benar.
Pujian melampau jenis ‘bodek' bukan sahaja boleh dibuat melalui ungkapan lisan malah ia juga dibuat melalui pergerakan fizikal seperti cium tangan dan sebagainya. Hasilnya, orang yang diperlakukan sedemikian boleh diuji dengan hebat sehingga mereka akan menjadi seorang yang menyangka superior atas segala sesuatu, terbijak, paling berpengaruh dan lain-lain. Sehingga tiada lagi proses peningkatan perlu dibuat. Inilah yang pernah memerangkap perasaan bekas Perdana Menteri, beliau sendiri mengakuinya banyak kali, terbaru di dalam web beliau apabila beliau mengatakan :-
"Begitu juga kebanyakan yang lain yang dilantik Menteri oleh saya. Mereka dahulunya merupakan penyokong kuat saya, cium tangan saya dan menangis apabila saya meletakkan jawatan.: ( rujuk http://www.chedet.com/)
Jelasnya, sang bekas perdana menteri terangkap dengan pujian dan gerakan sokongan orang di sekelilingnya. Kebanyakan mereka yang memuji bukan 'pujian sebenar' namun hanya dibuat kerana kepentingan diri masing-masing. Agar dilihat taat, orang setia dan lain-lain.
Ini biasa berlaku bagi orang berjawatan. Lihat sahaja boss di syarikat anda bekerja, sudah tentu ada yang 'kipas' di dalam mesyuarat, di luar mesyuarat dan lain-lain. Sehingga adakalanya keputusan yang 'TIDAK BIJAK' dilihat bijak akibat bodekan dan pujian palsu ini. Selepas si boss tiada jawatan baru akan diketahui pujian itu hakiki atau palsu semata-mata. Inilah yang dirasai oleh bekas Perdana Menteri.
Budaya 'kipas' dan 'bodek' ini tidak lain kecuali satu tindakan yang haram di sisi Islam dan ia ternyata dari hadis di atas. Yang mana ia pasti membawa kesan buruk kepada penerima 'bodekan'. Malah kesan buruk itu bukan sahaja terhenti kepada orang yang di'bodek' malah seluruh organisasi akan terkesan. Sudah tentu, apabila keputusan yang salah terus dipuji dan disokong kerana 'bodek', akhirnya memudaratkan masyarakat, organisasi serta syarikat.
PUJIAN SEBENAR
Bagi sesetengah individu yang dipuji bukan kerana jawatan yang dipegangnya atau apa jua pengaruh keduniaan. Sebagai contoh ia seorang ulama yang alim lagi rendah diri, tokoh masyarakat yang berjasa, penulis buku yang berkualiti, majalah dan lain-lain yang cekap dan bijak dalam bidangnya. Pujian yang ditujukan kepada hasil kerja dan usahanya menurut kebiasaan adalah pujian yang layak dan benar. Ia tidak jatuh dalam kategori 'bodek' tapi ia masih mempunyai kebahayaan yang mendalam kesannya. Sebuah hadis berbunyi :-
احثوا التراب في وجوه المداحين
Ertinya : Taburkan tanah-tanah atas muka orang yang asyik memuji ( Abu Daud, no 4170 )
Sebahagian para ulama mentakwilkan maksud hadis ini kepada pujian kepada yang tidak layak , dan mengada-adakan yang tidak benar sehingga orang yang dipuji merasa benar sentiasa, juga merasa hebat. (Umdah al-Qari, 22/132 )
Imam Al-Khattabi ketika menghuraikan hadis di atas berkata :-
فَأَمَّا مَنْ مَدَحَ الرَّجُل عَلَى الْفِعْل الْحَسَن تَرْغِيبًا لَهُ فِي أَمْثَاله وَتَحْرِيضًا لِلنَّاسِ عَلَى الِاقْتِدَاء بِهِ فِي أَشْبَاهه , فَلَيْسَ بِمَدَّاحٍ
Ertinya : Barangsiapa yang memuji seseorang atas perbuatan baik yang dilakukannya dengan tujuan untuk menggalakkan lagi kerja baiknya dan mendorong orang lain berbuat yang sama sepertinya, maka ia TIDAKLAH TERMASUK dalam kategori "maddah" iaitu yang pemuji terkeji" ( Ma'alim as-Sunan)
Walau apa jua takwil, teks hadis ini juga merangkumkan segala jenis pujian benar di hadapan orang yang dipujinya. Pengajaran dari hadis sudah tentu jangan terlalu banyak memuji orang dihadapannya walalupun pujian itu adalah BENAR DAN IKHLAS kerana ia tanpa disangka boleh membawa perasaan lupa diri, dan menghilangkan ikhlas dalam kerja-kerja yang dilakukannya. Kerana itulah sebuah hadis sohih menyebut :-
سمع النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ رجلًا يُثنى على رجل ويُطْرِيهِ في المِدْحَةِ، فقال أهلكتم ـ أو قطعتم ـ ظهر الرَّجل
Ertinya : Musa Al-Asyaary berkata : Rasulullah mendengar seornag lelaki memuji seorang lelaki lain dan berlebihan dalam pujiannya, lalu Nabi menegur : "Kamu telah memotong diri lelaki tersebut" ( Riwayat Bukhari dan Muslim)
Namun begitu, tidak boleh dinafikan Islam membenarkan pujian secara berdepan dalam situasi-situasi tertentu dan kepada individu tertentu. Situasi tertentu seperti :-
a- Orang yang kehilangan keyakinan diri dalam buat perkara baik. Tatkala itu, kita ungkit kebaikkan tindakannya untuk beri kembali semangat dan ada orang yang menghargai kerja baiknya.
b- Orang yang melakukan tugasan kebaikan yang sukar, berisiko dan manfaatnya tersebar luas. Tatkala itu, boleh diberikan pujian atas keberaniannya dan berniat agar ia mampu dicontohi oleh orang lain.
c- Individu yang layak dicontohi dan diyakini punyai kekuatan iman yang baik dari tergoda dengan sifat ‘ujub (ta'ajub dengan kehebatan diri). Tatkala itu, harus memujinya dengan pengetahuannya. Tujuan utama agar orang boleh mengenali siapa yang wajar dijadikan role model dan contoh ikutan. Hal ini jelas adalah nabi s.a.w memuji secraa terangan beberapa sahabat sebagaimana Nabi memuji Ubadah Al Jarrah sebagai ( Aminul Ummah ) individu yang paling jujur dari umat Muhammad, dan pujian kepada Umar al-Khattab r.a :
لو سلك عمر بن الخطاب طريقاً لسلك الشيطان طريقاً آخر
Ertinya : Sekiranya Umar melalui satu jalan, maka Syaitan akan melalui jalan yang lain ( kerana tidak berani jalan di laluan Umar atau bertembung dengannya') ( Riwayat Al-Bukhari)
Dan juga sebuah lagi hadis :-
ما طلعت الشمس على رجل خير من عمر
Ertinya : Tiadalah terbitnya matahari ke atas seorang lelaki yang lebih hebat dari Umar " ( Riwayat Al-Hakim, 3/96 ; Sohih isnadnya)
Hadis ini bersifat simbolik menunjukkan kekuatan cahaya kebaikan yang dibawa oleh Umar r.a kepada umat Muhammad s.a.w. Sebenarnya terlalu banyak hadis-hadis yang menunjukkan pujian baginda kepada para sahabatnya terutamanya sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Ibn Abbas, sepuluh sahabat yang dijamin syurga dan ramai lagi. Semua mereka berkelayakan dan kukuh imannya.
d- Kanak-kanak dipuji oleh guru dan ibu bapanya bagi merangsang minda dan keyakinan diri si kanak-kanak.
e- Pemimpin yang telus, adil, amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan oleh Allah s.w.t dengan kadar sederhana.
Walaupun semua jenis pujian dalam beberapa situasi seperti ini dibenarkan, si pemuji tidak tergolong dalam kategori yang dilarang oleh Islam. Satu lagi ingatan Nabi s.a.w bagi orang yang ingin memuji adalah :-
إن كان أحدكم مادحًا أخاه لا محالة فليقُل: أحْسَب كذا وكذا إن كان يَرى أنه كذلك، وحَسِيبُه الله، ولا يُزكِّي عَلَى الله أحدًا
Ertinya : Sekiranya ada dari kalangan kamu ingin tidak dapat untuk mengelak dari perlu memuji saudaranya, maka katakanlah : "Aku rasa akan dikira amalan sekian sekian yang dilakukannya..dan Allah akan mengiranya, dan tiadalah seorang pun yang boleh dipuji (secara pasti) kecuali Allah ( Riwayat Al-Bukhari, no 2519, 2/946)
TUGAS MEREKA YANG DIPUJI
Seterusnya terpulang kepada orang yang dipuji untuk mengawal perasaan dalamannya agar menerima pujian dengan segera mengembalikan kepada izin Allah dan kuasaNya. Justeru, perisai ini akan dapat menghalang dirinya dari merasakan itu kehebatan yang diusahakannya semata.
Sebagai diajar oleh para sahabat Nabi apabila mereka dipuji, mereka akan terus berdoa secara rendah diri dengan doanya :-
اللهم لا تؤاخذني بما يقولون ، واغفر لي مالا يعلمون (واجعلني خيراً مما يظنون)
Ertinya : Ya Allah janganlah kamu mengapa-apakanku kerana apa yang disebut oleh mereka, dan ampunkankan daku berkaitan perkara yang mereka tidak ketahui (jadikanlah daku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan) (Riwayat Abi Syaibah, no 35703, 7/242 ; At-Tarikh Al-Kabir, 2/58)
Sehebat-hebat Nabi s.a.w yang berjaya membuka Mekkah pun tunduk dan menyerahkan pujian kepada Allah, dan demikian juga Zulqarnain sebagaimana yang disebut oleh Allah di dalam surah Al-Kahfi, kejayaannya membina tembok hebat dan kukuh dikembalikan kepada Allah.
Namun demikian, orang yang dipuji janganlah pula terlalu merendah diri secara salah sehingga mencerca diri secara terbuka apabila dipuji orang ramai. Ia tidak diperlukan, jika ingin menewaskan perasaan ujub di hati, cercalah diri secara sendirian.
Jangan juga tiba-tiba berterus terang menyebut diri tidak ikhlas atau apa jua yang merosakkan kepercayaan orang kepada diri.
Jangan pula berlebihan membawa kisah pujian kepada ramai orang lain kerana ia boleh membawa satu penyakit lain di kalangan pendengar pula iaitu HASAD DENGKI. Saya akan tuliskan satu artikel berkenaan kedahsyatan virus dengki dalam mayarakat kita selepas ini InshaAllah.
Jangan juga mengambil pujian itu secara serius dan berhasrat mendapatkannya lagi. Kerana sekali ia terbuku di hati sedemikian, ia akan merosakkan niat dan melemahkan kerja amal kepada pemburuan pujian manusia yang sementara.
Akhirnya, apabila tiada lagi pujian, tamatlah juga usaha kita. Lebih bimbang, usaha berterusan tapi tamatlah catatan amal dan pahala di sisi Allah kerana dilakukan kerana manusia. Nauzubillah.
Sekadar itu artikel ringkas untuk ingatan diri saya dan rakan-rakan. Terutama mereka yang kerap dipuji. Ingatan juga buat mereka yang ringan tangan dan lidah memuji, bukannya niat saya agar anda stop memuji mereka yang layak.
Bukan juga niat saya untuk motivasikan anda untuk terus dan asyik memuji tanpa memikirkan kebahayaan kepada diri yang dipuji dan diharap turut fikirkan orang lain yang mendengar dan membaca pujian-pujian, ada yang mudah jadi cemburu secara tiba-tiba.
Terus terang, dalam dunia internet ini terdapat ramai bloggers yang kerap dipuji sehingga menimbulkan cemburu di sisi pembaca lain atau bloggers lain yang kurang popular. Ini menyebabkan ada kalangan mereka yang menghantar kecaman, kutukan kepada bloggers sbagi merosakkan minda dan kemampuan di bloggers menghasilkan tulisan yang baik. Bayangkan, sampai begitu sekali !!.
Akhirnya, benar terdapat nas yang menyebut bahawa pujian dan nikmat yang diperolehi oleh amalan solehnya seseorang (tanpa ia berniatkan untuk mendapat pujian) adalah merupakan satu nikmat awal dari Allah untuknya, namun kita perlu teringat bahawa terdapat individu yang telah menikmati pujian atas amalan baiknya di dunia ini mungkin akan terlepas dari pulangan nikmat di akhirat. Demikian intipati kata-kata khalifah Abu Bakar yang bimbang nikmat awal di dunia akan menghalang nikmat di akhirat. Itulah akibat terselit keinginan pujian dunia semasa lakukan amal soleh. Demikian berhati-hatinya Abu Bakar as-Siddiq. Allah Akbar !
Tidak dinafikan sedikit-sedikit penghargaan dan pujian perlu untuk merangsang terus menulis secara percuma, bekerja dan beramal untuk ummah, namun ia perlu dilihat secara berhati-hati.
Semoga Allah memelihara kita semua dari tersalah guna pujian yang sebenarnya manis buat hati untuk terus berjuang memartabatkan Islam.
(Dipetik dari www.zaharuddin.net)
Monday, May 19, 2008
Hargailah isteri anda......
Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda sayangilah mereka.....
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.Untuk orang yang tidak beriman dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
(Dipetik dari kiriman email Ust Awg Salmi-terima kasih)
Tuesday, May 13, 2008
KETUA UNIT MASJID LAWAT LIMBANG DAN LAWAS
BOSS Unit Masjid telah melakukan lawatan kerja ke Limbang dan Lawas dalam rangka untuk mengemaskini dan memperkasa Lembaga Amanah/ Khairat di seluruh negeri. Beliau ditemani oleh Ustaz Kasdinata memulakan perjalanan ke utara Sarawak pada 7 Mei 08 sehingga 10 Mei 08.
Antara program yang telah disusun ialah lawatan pemantauan ke Surau Nurul Huda, Kampung Belading berhampiran dengan sempadan Limbang dan Brunei. Pada sebelah malamnya pula, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Ahli-Ahli Lembaga Amanah Khairat Kampung Pahlawan serta meneruskan perjalanan ke Lawas pada keesokan paginya dengan menggunakan bot ekspress.
Setinggi penghargaan kepada Ustaz Jamal(PAIB Limbang), Ustaz Awang Abdul Rahim (Naqib Limbang), Ustaz Isselahuddin (PAID & Naqib Lawas) serta staff JAIS Limbang, Lawas dan TBS Limbang atas bantuan dan kerjasama menjayakan siri lawatan ini.
Tuesday, May 6, 2008
KELUARGA NAQIB DAPAT ANAK BUAH BARU
ALL NAQIB UNITED mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudara Helmi dan isteri atas kelahiran cahaya mata kedua pada hari Ahad yang lepas. Mudah-mudahan dengan kelahiran putri ini akan menyerikan lagi kehidupan kedua mereka. Semoga sahabat kita akan lebih unggul dan cemerlang sebagai seorang suami, ayah dan...NAQIB...
TAHNIAH SEKALI LAGI.
(gambar baby sekadar hiasan..)
TAZKIRAH HARI INI
Yang di doakan malaikat
Oleh : Syaikh Dr. Fadhl Ilahi
Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati kerana takut kepadaNya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)
Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :
(1) Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci (berwudhuk), maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'"
(hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)
· ·
(2) Orang yang duduk menunggu solat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'"
(Shahih Muslim no. 469)
· ·
(3) Orang - orang yang berada di saf bahagian depan di dalam solat.
Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan"
(hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)
· ·
(4) Orang - orang yang menyambung saf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf). Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bersalawat kepada orang - orang yang menyambung saf - saf" (hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)
· ·
(5) Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu"
(Shahih Bukhari no. 782)
· ·
(6) Orang yang duduk di tempat salatnya setelah melakukan shalat. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu bersalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat salat dimana ia melakukan salat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'"
(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)
· ·
(7) Orang - orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjama'ah.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)
· ·
(8) Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Shahih Muslim no. 2733)
· ·
(9) Orang - orang yang berinfak.
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang kedekut'
(Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)
· ·
(10) Orang yang makan sahur.
Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat kepada orang - orang yang makan sahur"
(hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)
· ·
(11) Orang yang menziarahi orang sakit.
Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan bersalawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh"
(Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih"·
(12) Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bersalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain"
(dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)
Disunting dari Buku Orang - orang yang Didoakan Malaikat, Syaikh Fadhl Ilahi, Pustaka Ibnu Katsir, Bogor, Cetakan Pertama, Februari 2005. Semoga Bermanfaat
Friday, May 2, 2008
PENGUMUMAN
Kepada semua saudara-saudara seNaqib...jika ada sebarang hebahan berita, makluman dan info bermanfaat, boleh email ke alamat allnaqibunited@yahoo.com atau malsiror@sarawaknet.gov.my untuk dimuatkan ke dalam blog ini.
Terima kasih.
Wednesday, April 30, 2008
Imam I Masjid Besar Marudi Meninggal Dunia
Tuan Haji Hasbi bin Haji Othman, Imam I Masjid Besar Marudi meninggal dunia jam 10.30 pagi (Rabu, 30 April 08) dan akan dikebumikan pada Khamis (pagi) di Tanah Perkuburan Islam Marudi.
Kehilangan Allahyarham amat dirasai bukan sahaja oleh masyarakat Marudi tetapi juga Masyarakat Islam Miri kerana jasa dan bakti beliau yang amat besar kepada masyarakat khususnya masyarakat Islam di Marudi. Mudah-mudahan beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang mendapat nikmat Allah SWT.
Al-Fatihah....
ALL NAQIB UNITED.....
Assalamualaikum...
Pengumumam penting buat semua Naqib Unit Masjid, Selamat Datang ke Blog Santai ini.... Saya mengalu-alukan layaran semua saudara seperjuangan (Naqib dan Unit Masjid) ke blog ini.
Untuk sebarang hebahan dan maklumat terkini....sila post ke blog ini sebagai info semua yang bernaung di bawah Unit Masjid. Mun ada masalah boleh luahkan...sik ada orang nak marah...terima kasih.
"ALL FOR ONE, ONE FOR ALL"
Subscribe to:
Posts (Atom)