Masjid pertama di Jerman Timur
Pusat aktiviti sosial bagi umat Islam tetap dibuka walaupun ada bantahan
BERLIN: Masjid pertama di kawasan bekas komunis di Jerman Timur dibuka semalam selepas bertahun-tahun ditentang segelintir penduduk dan kumpulan berhaluan kanan, Parti Demokratik Nasional (NDP).
Masjid Khadija yang mampu menampung 250 jemaah itu dibina di atas tapak kilang jeruk di pinggir Berlin, Pankow-Heinersdorf.
Serangan terhadap tapak pembinaan dan tunjuk perasaan penduduk dari NPD sebelum ini tidak menghalang masjid itu daripada terus dibina.
Ahli politik setempat menghadiri upacara pembukaan masjid itu petang semalam dan polis bersedia mengawal penunjuk perasaan walaupun NPD sudah menggesa supaya protes dibatalkan.
Tentangan terhadap masjid itu mencerminkan kesukaran masyarakat Jerman untuk menerima masuk 3.2 juta umat Islam di negara itu ke dalam masyarakat mereka terutama di kawasan bekas komunis di Jerman Timur.
Penyokong masjid itu berkata, masjid berkenaan akan mengukuhkan hubungan di kalangan mereka.
“Masjid ini akan menjadi pusat aktiviti sosial, bukan sekadar untuk solat, ia akan memainkan peranan untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat dan mempromosikan dialog antara ahli politik dengan kumpulan keagamaan,” kata jurucakap masjid, Ijaz Ahmad.
Kumpulan penduduk, IPAHB, yang menentang pembinaan masjid itu jelas berfikiran sempit dan serong apabila memberi alasan usaha itu bersifat perkauman dan diskriminasi.
“Kami menghadapi masalah besar dengan kumpulan yang meletakkan agama melebihi segala-galanya, membenarkan wanita dipukul dan menafikan hak kesamarataan. Tentangan kami menjurus kepada idea kumpulan ini terutama mengenai wanita,” kata IPAHB dalam laman webnya.
Canselor Jerman yang juga Ketua Demokrat Katolik Kristian (CDU), Angela Merkel, berkata menara masjid tidak boleh dibina melebihi ketinggian menara gereja. - Reuters
(Sumber: Berita Harian online)
Friday, October 17, 2008
Tuesday, August 26, 2008
SELAMAT BERCUTI....
He is going on Leave - for 1 Month
Pesan nya:
"Selamat tinggal kengkawan...jangan sedih..
aku cuti sebulan jer..."
TAPI Ingat KENGKAWAN semua!!!
pandai-pandai bawak diri yang selama ini dalam godaan nya!!!
..............................
Maaf Zahir Batin.............
Selamat menyambut Ramadhan...
Berwaspada kerana akan berjumpa dia lagi di bulan Syawal....
.........................
Ambil kesempatan ini untuk:
Selamat Beramal!!!
Jangan lupa !!!
Solat Tarawikh
Bertadarus
dan
Mengeluarkan
Zakat
Semoga hidup kita diberkati ALLAH sehingga bertemu RAMADHAN yang MENDATANG!!!
Thursday, August 14, 2008
ISU PINDAH KUBUR
KUCHING: Satu dialog dengan waris yang mempunyai saudara atau anggota keluarga yang dikebumikan di tanah perkuburan Islam berusia 100 tahun di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce perlu diadakan bagi mencari jalan penyelesaian, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Sehubungan itu, beliau mengarahkan Jabatan Tanah dan Ukur, sebagai badan berkecuali, mengadakan perjumpaan dan memberi penjelasan kepada waris berhubung tindakan pemindahan kubur itu ke tempat lain.
“Saya tidak tahu akan ada pembangunan di situ (tapak kubur), yang saya tahu di sebelahnya memang ada,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kejadian kira-kira 100 pewaris menghalang kerja-kerja pemindahan kubur itu pada pagi Isnin lalu.
Dalam kejadian itu, dua orang cedera termasuk seorang kontraktor yang sedang melakukan kerja mengali kira-kira 40 kubur lama di tanah perkuburan terbabit.
Sebuah jengkaut yang digunakan kontraktor terbabit turut dibakar oleh pewaris dalam kejadian tersebut.
Keadaan itu memaksa Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman turun padang untuk menenangkan pewaris dan memastikan semua kubur yang digali, dikebumikan semula dengan cara yang betul mengikut Islam.
Seorang pewaris, Moshidi Sabang, 60, dari Bandar Baru Semariang, satu dialog dengan Majlis Agama Islam Sarawak (Mais) dan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) diadakan pada Jumaat lalu berhubung cadangan memindahkan tanah perkuburan terbabit ke Tanah Perkuburan Islam di Jalan Sultan Tengah Semariang.
Bagaimanapun, katanya dalam dialog itu mereka dimaklumkan ia akan dilakukan selepas Hari Raya Puasa akan datang.
Taib sebelum itu menyaksikan pertandingan akhir Bahas Piala Ketua Menteri 2008 di Auditorium RTM di sini antara Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi dan SMK Matang Jaya. - Bernama
(dipetik dari berita harian online)

BUKU TERKINI DIHARAMKAN KDN
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dua buah buku, termasuk karya seorang ahli akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diterbitkan oleh Sisters-in-Islam (SIS).
Buku-buku itu dilarang kerana "mengandungi fakta yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenarnya", lapor Bernama hari ini.
Buku terbitan SIS berjudul Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism suntingan Norani Othman, seorang profesor sosiologi di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Bangi.
Buku setebal 215 halaman itu memuatkan 10 bab hasil karangan beberapa pemikir Asia Tenggara dan Timur Tengah.
Norani, bertindak sebagai penyunting karya tersebut, mengarang makalah pertama yang dijadikan judul buku berkenaan.
Beliau bersama bekas pemimpin utama SIS Zainah Anwar menghasilkan bab terakhir 'Muslim women, the challenge of Islamic extremism and the way forward to building bridges between Southeast Asia dan the Middle East.'
Makalah-makalah ini hasil perbincangan penyumbang- penyumbangnya di Bellagio, Itali pada 2003 dengan biaya Yayasan Rockefeller.
Pertemuan pertama bermula di Kuala Lumpur pada Januari tahun itu.
Selain dua penulis ini dan Toni Kasim dari Malaysia, penyumbang lain termasuklah Fatma Khafagy (Mesir), Kamala Chandrakirana (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Iran), Amina Lemrini El Ouahabi (Maghribi), Hoda Rouhana (Palestin), Norma A Maruhom (Filipina) dan Suzaina Kadir (Singapura).
Ketua penolong setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Abdul Razak Abdul Latif berkata, sebuah lagi buku yang diharamkan bertajuk Pelik Tapi Benar Dalam Solat karya Abdul Rahman Mohamed.
"Kedua-dua buku ini dikenakan perintah larangan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan mana-mana individu yang didapati menghasilkan semula, mencetak, mengeluar atau memiliki bahan larangan tersebut boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM 20,000 atau kedua-duanya," kata KDN dalam kenyataannya hari ini.
Menurut agensi berita itu lagi, beliau berkata sekiranya penerbitan berkenaan dibiarkan, ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam serta dikhuatiri memudaratkan masyarakat.
Friday, July 11, 2008
SARAWAK.....BUMI DAKWAH..TANGGUNGJAWAB UMMAH
Beberapa masa yang lepas, saya berkesempatan menemani Ketua Unit Masjid, untuk menjenguk satu kawasan pedalaman yang cukup popular kepada para pelancong asing. Tidak begitu dikenali dan diambil perhatian oleh kita sebagai orang Islam. Namun penemuan saya di sana memperlihatkan bahawa dicelah-celah tanah tinggi banjaran Penambo, terdampar sebentang lembah yang dinamakan sebagai Bario. Dan di dalam majoriti masyarakat kelabit di Bario tempat asal kelahiran Dato Seri Idris Jala(CEO MAS) ini, kedapatan minoriti kelompok muslim yang hidup bersama-sama dengan mereka.
Secara ringkasnya, penduduk Bario berjumlah lebih kurang 2000 orang dan di kalangan mereka hanya sejumlah 30 orang sahaja yang menganut Islam. Jalan perhubungan yang utama ialah jalan udara dengan menggunakan pesawat twin otter(45 minit dari Miri) dan jalan darat (14 jam perjalanan melalui jalan balak). Apa yang membanggakan saya, sinar dan syiar Islam tetap sampai di kawasan pedalaman yang amat sukar untuk didatangi oleh para pendakwah Islam ini.
Sepanjang di sana tidak kelihatan bekas-bekas jejak dakwah agensi kerajaan mahupun NGO Islam...hemm...satu masalah besar bagi kita semua. Mungkin nilai iman 30 orang muslim itu tidak bernilai jika hendak dibandingkan dengan majoriti umat Islam yang lain di Sarawak...atau mungkin juga lantaran bajet yang tidak kesampaian ....atau mungkin juga pendakwah-pendakwah kita (kita semualah tuu) tidak terfikir untuk meneroka bumi Sarawak yang amat luas ini. Semua kemungkinan-kemungkinan ini akhirnya membawa kepada PENGABAIAN YANG AMAT BESAR!!!
Sejarah pengIslaman bangsa Kelabit di Bario bermula lebih kurang 28 tahun yang lalu dan dikhabarkan sejak dari itu, amat kurang program-program dakwah diadakan di sana. Oleh yang demikian, jangan hairan jika sebahagian besar penganut Islam di sana hanya tinggal nama semata-mata, tetapi cara hidup mereka tidak menggambarkan nilai hidup dan pengamalan sebagai seorang muslim yang sepatutnya.
Lantaran itu, moga-moga penulisan ini sekurang-kurangnya dapat membuka ruang untuk kita memikirkan sesuatu untuk mereka...paling kurangpun doa. Apa yang membimbangkan, kesan daripada usaha dakwah yang tidak sempurna, majoriti mereka ini mempunyai pemahaman Islam yang amat salah dan terpesong...dalam hampir semua urusan keagamaan...munakahat, ibadat.......Lantas..keperluan utama masyarakat Islam di Bario ialah perlunya pembimbing/daei sebagai penyuluh dan petunjuk buat mereka.
Kesimpulannya, perlu ada USAHA untuk memperkasakan dasar iman mereka...dan semestinya yang bertanggungjawab ialah semua orang Islam sama ada dalam JAIS, JAKIM, Baitulmal, NGO Islam seperti HIKMAH, ABIM, Yayasan Amal....semua kita perlu ada USAHA untuk membantu saudara-saudara kita di sana...KERANA Allah tidak akan bertanya sama ada usaha kita BERJAYA atau TIDAK tetapi yang akan ditanya ialah sudah ada USAHA YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH dilaksanakan ATAU TIDAK? Tepuk dada tanyalah iman dan diri kita sendiri...........
(Diatas: Bingkisan foto pemandangan dan salah sebuah keluarga muslim di Bario.
Nota: Tulisan ini hanyalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili kenyataan rasmi daripada pihak berwajib)
Thursday, June 26, 2008
ANTARA HIKMAH SOLAT...TERBUKTI SECARA KLINIKAL
Solat mampu atasi masalah mati pucuk, sakit pinggang
KUALA LUMPUR: Kajian tiga pensyarah Universiti Malaya mengenai solat, menemui rahsia penawar dan mampu merawat masalah mati pucuk di kalangan lelaki dan sakit pinggang.
Kejayaan itu didedahkan dalam Seminar Kejuruteraan Bio Perubatan (BIOMED) 2008 anjuran universiti itu yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Hotel Nikko, di sini, pagi ini.
(Dipetik dari Berita Harian on-line)

Monday, June 23, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)