Friday, October 17, 2008

LIKU PERJUANGAN UMAT ISLAM DI JERMAN TIMUR....KITA??

Masjid pertama di Jerman Timur
Pusat aktiviti sosial bagi umat Islam tetap dibuka walaupun ada bantahan

BERLIN: Masjid pertama di kawasan bekas komunis di Jerman Timur dibuka semalam selepas bertahun-tahun ditentang segelintir penduduk dan kumpulan berhaluan kanan, Parti Demokratik Nasional (NDP).

Masjid Khadija yang mampu menampung 250 jemaah itu dibina di atas tapak kilang jeruk di pinggir Berlin, Pankow-Heinersdorf.



Serangan terhadap tapak pembinaan dan tunjuk perasaan penduduk dari NPD sebelum ini tidak menghalang masjid itu daripada terus dibina.

Ahli politik setempat menghadiri upacara pembukaan masjid itu petang semalam dan polis bersedia mengawal penunjuk perasaan walaupun NPD sudah menggesa supaya protes dibatalkan.

Tentangan terhadap masjid itu mencerminkan kesukaran masyarakat Jerman untuk menerima masuk 3.2 juta umat Islam di negara itu ke dalam masyarakat mereka terutama di kawasan bekas komunis di Jerman Timur.

Penyokong masjid itu berkata, masjid berkenaan akan mengukuhkan hubungan di kalangan mereka.

“Masjid ini akan menjadi pusat aktiviti sosial, bukan sekadar untuk solat, ia akan memainkan peranan untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat dan mempromosikan dialog antara ahli politik dengan kumpulan keagamaan,” kata jurucakap masjid, Ijaz Ahmad.

Kumpulan penduduk, IPAHB, yang menentang pembinaan masjid itu jelas berfikiran sempit dan serong apabila memberi alasan usaha itu bersifat perkauman dan diskriminasi.

“Kami menghadapi masalah besar dengan kumpulan yang meletakkan agama melebihi segala-galanya, membenarkan wanita dipukul dan menafikan hak kesamarataan. Tentangan kami menjurus kepada idea kumpulan ini terutama mengenai wanita,” kata IPAHB dalam laman webnya.

Canselor Jerman yang juga Ketua Demokrat Katolik Kristian (CDU), Angela Merkel, berkata menara masjid tidak boleh dibina melebihi ketinggian menara gereja. - Reuters
(Sumber: Berita Harian online)